j-QAF KELANTAN

Friday, February 11, 2005

SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL (SPPIM)

PENGENALAN SPPIM
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (SPPIM) merupakan satu daripada lima sektor di Jabatan Pelajaran Kelantan. SPPIM bertanggungjawab melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, mengendalikan pengurusan dakwah dan aktiviti keagamaan di sekolah serta mengelolakan pengurusan kelas KAFA. Terdapat tiga unit yang beroperasi di bawah sektor ini iaitu Unit Pengurusan, Unit Kurikulum dan Unit Dakwah & Kepimpinan.

MISI SPPIM
Melaksanakan Pendidikan Islam yang berkualiti ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

VISI SPPIM
SPPIM berazam untuk menjadi sumber pemangkin pembangunan insan mulia dan menjana generasi muslim yang cemerlang dan seimbang dalam akademik serta bertakwa kepada Allah dan taat kepada Rasulullah s.a.w. mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan Allah. berkebolehan membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran mengamalkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia melalui proses P&P daripada warga pendidik yang berwibawa untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

OBJEKTIF SPPIM
Objektif SPPIM adalah untuk meningkatkan:
(1) kualiti Pendidikan Islam (PI) yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang
berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan
masyarakat dan negara.
(2) kualiti Bahasa Arab (BA) yang berkesan untuk membolehkan pelajar
berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.
(3) kualiti pengurusan penempatan Guru Pendidikan Islam (GPI) dengan cekap
dan sistematik.
(4) kemahiran dan ketrampilan GPI secara berterusan dalam pelbagai bidang
supaya menarik dan berkesan.
(5) dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di
kalangan pegawai, GPI dan pelajar untuk membantu keberkesanan P&P
mata pelajaran PI dan BA.
(6) hubungan dan kerjasama antara SPPIM dengan masyarakat, jabatan dan
agensi-agensi luar secara pemuafakatan.
(7) kualiti dan prestasi kecemerlangan SMKA sebagai model sistem Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang mengamalkan prinsip hidup
Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home