j-QAF KELANTAN

Friday, February 11, 2005

FUNGSI UNIT-UNIT DI SPPIM

(Unit Pengurusan)
- Menguruskan keperluan, penempatan dan pertukaran GPI
- Menguruskan kursus peningkatan profesionalisme pegawai dan GPI
- Pengurusan kelas KAFA (Bilangan kelas, guru, murid dan aktiviti KAFA)
- Merancang program kecemerlangan PI dan BA.
- Menguruskan pembangunan SMKA dan KAA
- Mengurus kemasukan dan penempatan pelajar ke SMKA
- Pengurusan dan penyelarasan SAN & SAR.


(Unit Dakwah & Kepimpinan)
- Merancang dan menyelaraskan aktiviti dakwah dan sambutan hari kebesaran Islam.
- Mengurus dan menyelaras aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam.
- Melaksanakan aktiviti dakwah secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.
- Mengurus dan menyelaraskan program peningkatan kemahiran dakwah GPI.
- Menguruskan program pengukuhan nilai Islam dan kawalan kegiatan ajaran sesat.
- Merancang dan menyelaraskan MAKDIS.
- Menerbitkan risalah dakwah sekolah dan kepimpinan.

(Unit Kurikulum)
- Merancang dan menilai keberkesanan aktiviti P&P mata pelajaran PI dan BA.
- Meningkatkan kepakaran dan kemahiran pegawai dalam pengurusan kurikulum.
- Mengurus dan menyelaraskan aktiviti pendedahan, pengembangan dan penilaian kurikulum
semua mata pelajaran PI & BA.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan P&P mata pelajaran PI, PI Elektif dan BA.
- Merancang strategi P&P mata pelajaran PI dan BA selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
- Menyusun pelaksanaan Program j-QAF.

PRINSIP ETIKA KERJA
Niat yang betul – Perlakuan yang baik – Penggerak ke arah kebaikan –
Memperkotakan apa yang dikata – Berdisiplin – Beradab.

NILAI UTAMA
Amanah – Benar – Bijaksana – Bersyukur –
Dedikasi – Ikhlas – Penyayang


INFO
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian yang disediakan atau datang sendiri ke alamat berikut:
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral,
Jabatan Pelajaran Kelantan,
Jalan Doktor,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 09-7418057 (Am) 09-7418056/58/59/63/64/65/66
Faks: 09-7418063

SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL (SPPIM)

PENGENALAN SPPIM
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (SPPIM) merupakan satu daripada lima sektor di Jabatan Pelajaran Kelantan. SPPIM bertanggungjawab melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, mengendalikan pengurusan dakwah dan aktiviti keagamaan di sekolah serta mengelolakan pengurusan kelas KAFA. Terdapat tiga unit yang beroperasi di bawah sektor ini iaitu Unit Pengurusan, Unit Kurikulum dan Unit Dakwah & Kepimpinan.

MISI SPPIM
Melaksanakan Pendidikan Islam yang berkualiti ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

VISI SPPIM
SPPIM berazam untuk menjadi sumber pemangkin pembangunan insan mulia dan menjana generasi muslim yang cemerlang dan seimbang dalam akademik serta bertakwa kepada Allah dan taat kepada Rasulullah s.a.w. mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan Allah. berkebolehan membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran mengamalkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia melalui proses P&P daripada warga pendidik yang berwibawa untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

OBJEKTIF SPPIM
Objektif SPPIM adalah untuk meningkatkan:
(1) kualiti Pendidikan Islam (PI) yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang
berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan
masyarakat dan negara.
(2) kualiti Bahasa Arab (BA) yang berkesan untuk membolehkan pelajar
berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.
(3) kualiti pengurusan penempatan Guru Pendidikan Islam (GPI) dengan cekap
dan sistematik.
(4) kemahiran dan ketrampilan GPI secara berterusan dalam pelbagai bidang
supaya menarik dan berkesan.
(5) dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di
kalangan pegawai, GPI dan pelajar untuk membantu keberkesanan P&P
mata pelajaran PI dan BA.
(6) hubungan dan kerjasama antara SPPIM dengan masyarakat, jabatan dan
agensi-agensi luar secara pemuafakatan.
(7) kualiti dan prestasi kecemerlangan SMKA sebagai model sistem Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang mengamalkan prinsip hidup
Islam.